Wednesday, October 8, 2008

JANGAN.....JANGAN.....JANGAN

Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka.
Kalau tertidur lain cerita.


Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar).
Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah
kita.


Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing.
Makruh kerana ia membahayakan.
Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak
berbasuh.
Makruh dan mewarisi kepapaan.


Jangan tidur selepas solat Subuh,
nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).
Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.


Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.
Makruh dan mewarisi kepapaan.


Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.


Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa
kerana mati boleh datang bila-bila masa.


Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia
kalau memang kita bersal

Tuesday, August 12, 2008

FIKIRLAH

PERTIMBANGKAN SENARIO BERIKUT
Katakan anda telah merancang segalanya dengan teliti-rumah sudah beli, pelan pendidikan dan persaraan sudah dimulakan dan pasaran saham sudah menunjukkan kebangkitan.Suatu hari salah seorang ahli keluarga anda mengadu sakit kepala dan terpaksa meminta nasihat pakar.Diagnosisnya penyakit berbahaya yang terpaksa dirawat secara pembedahan yang bakal mencacatkan muka.Namun anda kurang pasti atau kurang yakin dengan laporan Doktor pertama, Jadi anda meminta " second opinion " dari pakar luar negara.Pakar tersebut memberikan laporan kedua yang mencadangkan cara rawatan laian yang tidaklah mengerikan sangat-tetapi rawatan tersebut terpaksa dilakukan di luar negara.Apa Pilihan anda? Pungut Derma, jual harta,atau pinjam.Pokoknya tanpa tabung perubatan ????????

Sunday, July 27, 2008

Antara kesilapan-kesilapan dalam mengurus keewangan

Kesilapan 1 - Sentiasa menangguh untuk memulakan sistem perancangan
Kesilapan 2 - Gagal menetapkan matlamat kewangan dan cara mencapainya.
Kesilapan 3 - Kekurangan disiplin untuk menabung secara sistematik
Kesilapan 4- Kejahilan tentang konsep nilai ( time value ) wang
Kesilapan 5 - Perlindungan Insurans yang tidak mencukupi
Kesilapan 6 - Kegagalan menangani " musuh " wang yang utama iaitu inflasi
Kesilapan 7 - Keengganan menggunakan perkhidmatan penasihat kewangan bertauliah
INGATAN UNTUK SEMUA
"Menziarahi orang sakit adalah sunat yang dituntut dan sebaiknya lakukanlah pada hari Jumaat..."

"yang berat sama di pikul,
"yang ringan sama di jinjing,
"yang besar sama dilapah,
"yang kecil sama dihiris,
"yang baik sama diikut,
"yang buruk sama ditinggal.

"2 mata untuk melihat,
2 telinga untuk mendengar,
2 tangan untuk menyentuh,
dan 1 mulut untuk diam..."

"Orang yang bencikan Islam adalah ibarat orang yang sedang sakit,
tugas kita adalah untuk merawat dan memberikan sukatan ubat yang sesuai untuk penyakitnya"

"Pintallah seurat benang senyuman di wajahmu kerana walaupun ia kecil,
menjadi besar bagi yang memandang..."

"Peribadi yang berani,
bukan sahaja yang sanggup menghadapi kesulitan demi kebenaran,
tetapi menghadapinya tanpa kehilangan akal"

Monday, July 14, 2008

koleksi doa

CUBA RENUNGKAN
SIAPA Yang memerlukan Khidmat Perancang Kewangan???
Kisah yang perlu kita amati.
Kassim Selamat seorang pemain saksafon berbakat yang mengikuti PELAN SATU AYAT diatas.Motivasinya mudah - menyimpan seberapa banyak untuk persediaan berkahwin.Kini dia sudah berkahwin dan pelan mudah tadi perlu diubahsuai untuk mengambil-kira tanggunggan baru yang bakal tiba.
Kassim perlu membeli rumah-oleh itu beliau perlu menentukan pinjaman yang sesuai kerana ini adalah hutangnya yang terbesar dan kemungkinan yang paling lama.Lagi satu isu ialah pakej pinjaman mana yang boleh diambil supaya hutang rumah bolah dilangsaikan secepat mungkin.Mungkin isterinya bekerja dan mereka berdua pasti ada lebihan sehingga muncul cahaya mata menimbulkan pula pertanyaan seperti perlukah si isteri berhenti kerja untuk menjaga anak ataumenggaji pembantu rumah.
Semasa anak kassim membesar tabung pendidikan perlu difikirkan tetapi yang mana satu, insurans, unit amanah atau ASB?? Kesemua soalan ini tidak mudah dijawab oleh PELAN SATU AYAT di atas.Semasa perancangan pendidikan anak, usia Kassim Selamat dan isteri juga semakin meningkat, mereka harus mempertimbangkan isu persaraan.Adalah akaun KWSP pada usia 55 nanti cukup untuk menampung sisa-sisa hidup dengan inflasi sebagai musuh utama? Statistik-statistik yang ada sekarang ini begitu membimbangkan - ringkasnya memang tidak cukup.Kalau begitu berapa banyak yang tidak cukup dan berapa banyak kena ketepikan tanpa makan mee segera setiap hari??
Manusia Merancang tetapi Allah yang menentukan apa yang akan berlaku, Kassim ditakdirkan buta atau pergi terlebih dahulu, atau penyakit menyerang si ibu atau anak ??
Berapa banyak yang diperlukan dan pelan insurans/takaful apa yang paling sesuai untuk Kassim sekeluarga tidak termasuk ibu mentua???
Ya, keadaan sekarang sudah tidak begitu mudah lagi.Cuba renungkan.