Monday, July 14, 2008

CUBA RENUNGKAN
SIAPA Yang memerlukan Khidmat Perancang Kewangan???
Kisah yang perlu kita amati.
Kassim Selamat seorang pemain saksafon berbakat yang mengikuti PELAN SATU AYAT diatas.Motivasinya mudah - menyimpan seberapa banyak untuk persediaan berkahwin.Kini dia sudah berkahwin dan pelan mudah tadi perlu diubahsuai untuk mengambil-kira tanggunggan baru yang bakal tiba.
Kassim perlu membeli rumah-oleh itu beliau perlu menentukan pinjaman yang sesuai kerana ini adalah hutangnya yang terbesar dan kemungkinan yang paling lama.Lagi satu isu ialah pakej pinjaman mana yang boleh diambil supaya hutang rumah bolah dilangsaikan secepat mungkin.Mungkin isterinya bekerja dan mereka berdua pasti ada lebihan sehingga muncul cahaya mata menimbulkan pula pertanyaan seperti perlukah si isteri berhenti kerja untuk menjaga anak ataumenggaji pembantu rumah.
Semasa anak kassim membesar tabung pendidikan perlu difikirkan tetapi yang mana satu, insurans, unit amanah atau ASB?? Kesemua soalan ini tidak mudah dijawab oleh PELAN SATU AYAT di atas.Semasa perancangan pendidikan anak, usia Kassim Selamat dan isteri juga semakin meningkat, mereka harus mempertimbangkan isu persaraan.Adalah akaun KWSP pada usia 55 nanti cukup untuk menampung sisa-sisa hidup dengan inflasi sebagai musuh utama? Statistik-statistik yang ada sekarang ini begitu membimbangkan - ringkasnya memang tidak cukup.Kalau begitu berapa banyak yang tidak cukup dan berapa banyak kena ketepikan tanpa makan mee segera setiap hari??
Manusia Merancang tetapi Allah yang menentukan apa yang akan berlaku, Kassim ditakdirkan buta atau pergi terlebih dahulu, atau penyakit menyerang si ibu atau anak ??
Berapa banyak yang diperlukan dan pelan insurans/takaful apa yang paling sesuai untuk Kassim sekeluarga tidak termasuk ibu mentua???
Ya, keadaan sekarang sudah tidak begitu mudah lagi.Cuba renungkan.

No comments: